CALENDAR CLASS

Selasa

APA YANG DI AJAR DALAM KELAS BASIC CAKE

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

KELAS BASIC CAKE DIHADIRI OLEH KAK ZILAH DAN KAK AYU...



Ramai juga yang bertanyakan tentang apa yang akan di ajar dan belajar dalam 
KELAS BASIC CAKE BUTTERCREAM...

Untuk makluman semua, dalam kelas ini akan diajar dari mula membuat bancuhan kek, dari mula menimbang adunan tepung dan sebagainya untuk 2 biji kek iaitu kek span dan kek butter...
 2 kaedah untuk membuat adunan kek dengan cara yang berbeza...
cara pertama memukul semua adunan termasuk tepung, telur dan sebagainya sehingga kembang
cara kedua pula memukul telur dan gula sehingga kembang baru dimasukkan tepung dan sebagainya... cara membakar kek setelah adunan siap...

sementara menunggu kek dimasak, peserta akan diajar cara membuat buttercream dari mula menimbang sehingga siap...


setelah kek dimasak dan menunggu ianya disejukkan, buttercream pun sudah disediakan oleh peserta. setiap peserta akan diajar dahulu menggunakan nozzle asas unuk mendeko sebelum dideko diatas kek... cara memegang piping bag dan membentuk corak dengan nozzle yang disediakan...  


setelah itu setiap peserta akan mendeko 2 biji kek, cara memotong dan meletakkan filling, melepa kek dan menghias kek dengan corak asas yang diajar dan tambahan menghias menggunakan edible image dan juga bunga readymade...


 hasil dekorasi dari setiap peserta akan dibawa pulang...


terima kasih pada kak zilah dan kak ayu... semoga ilmu ini dapat memberi peluang untuk menjana pendapatan sampingan sambil mengisi masa lapang...

jika berminat untuk mempelajari 
cara membuat kek dan mendeko 

sila sms atau wassap 
019-4741805
 
atau terus hubungi 
en nazrol 019-5720120

atau emailkan

nazroliza@yahoo.com


terima kasih


KELAS KEK BAKUL BERTUTUP - DHADA

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 
SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Dhada dari Sg Buluh kalau tak silap Liza, dialah yang ajak Mekna join sekali kelas Kek Bakul... jom tengok hasil dekorasi kek bakul dan hasil bunga Dhada...
laju juga Dhada buat bunga Ros... 

masing2 bertukus lumus menyiapkan bunga..
bunga ros yang kembang mekar, hasil dari peserta...

hampir menyiapkan sebiji kek bakul...

Dhada ada tengok kek bakul warna biru yang pernah liza buat....
nampak cantik sebabtu dhada pilih warna biru, pink dan putih...

ini hasil kerja dari Dhada... cun melecun kan bila dah siap....
kombinasi warna bunga pink dan warna bakul biru yang menarik...

 kek bakul ni yang pernah liza buat untuk customer... pilihan warna juga adalah dari cutomer...

 alhamdulillah, akhirnya selesai juga... 
terima kasih pada Mekna dan Dhada...

 anda ingin belajar cara mendeko kek bakul dan bunga ros...

jika berminat untuk menempah kek bakul ataupun ingin belajar dekorasi kek bakul 
sila sms saya atau wassap 
019-4741805
atau terus hubungi 
en nazrol 019-5720120
atau emailkan

nazroliza@yahoo.com


terima kasih
 






MEKNA DARI KELANTAN

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

Kelas kek bakul dihadiri oleh MEKNA dari Kelantan. Berminat nak belajar cara buat bunga dan cara kek bakul yang bertutup... terima kasih pada Mekna yang datang dari Kelantan,
sudi juga orang jauh datang belajar dengan Liza kat sini....
mekna datang dengan kawannya Dhada.. tapi sekarang ni nak cerita tentang Mekna dulu.... nak kasi penuh cerita dalam blog... :) diorang ni satu kolej, dalam bidang yang sama Diploma Kulinari...
 pilihan warna untuk kek bakul dipilih oleh mekna sendiri, kebetulan masa datang kelas pun pakai baju warna oren... pening juga dia nak pilih warna, asyik dok tengok bunga warna pink purple...

hasil yang mekna buat, warna oren bakulnya dan warna hijau putih untuk bunga ros..
pilihan warna yang bertepatan juga memainkan peranan penting dalam sesuatu deko yang kita hasilkan, bukan setakat sedap dimakan, tapi sedap mata memandang... bila pikir2 mungkin hijau, putih dan oren macam tak kena je,macam tak sesuai jer, tapi bila hasilnya dah nampak depan mata, memang cantik dan sesuai... 

lenguh tangan Mekna dok buat bunga ros... mula2 buat banyak yang tak cantik dan menjadi... tapi alhamdulillah, berkat usahanya, buat banyak2 bunga ros, 
pilih bunga yang terbaik, nampak cantik dan kemas... Barulah boleh letak atas bakul... :)

selain pilihan warna yang dipilih oleh mekna, liza pernah terima tempahan kek bakul berwarna oren ni, tempahan dari ZAI...
zai siap minta nak ada burung lagi tu... :)
bunga yang merimbun dalam bakul bertutup....

jika berminat untuk menempah kek bakul ataupun ingin belajar dekorasi kek bakul 
sila sms saya atau wassap 
019-4741805

atau terus hubungi 
en nazrol 019-5720120

atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih

SEORANG PUN BOLEH...

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


KELAS TAT  BUAH bersama IKA...

IKA join kelas tat buah nak belajar cara2 membentuk tat buah, persediaan untuk buat doorgift di majlis perkahwinan nya nanti, insyaallah katanya bulan 12... tat buah bleh lah buat awal seminngu 2 dan simpan kat tempat kedap udara, ramai yang nak bantu buat tat buah, insyaallah boleh punya. dhada ada buat bisnes lain mcm kek coklat moist dan apam pelbagai rupa... nak blajar sikit2 tentang deko pula nanti... bolehla tambah pendapatan sambil mengisi masa lapang yang ada...


nak join kelas KEKDIHATIKU seorang pun boleh, kalau ramai pun setakat 3-4 orang je... haritu buat kelas drawing, 6-7 orang penuh sangat, risau nanti tak ada keselesaan... tapi kelas tu sebab buat promosi, terhad kpd 6 orang sahaja... almaklumlah umah saya besau tapi tang dapur n kelasnya tak besau... :) alhamdulillah buat masa ni dengan tempat berlindung yang sedia ada... :)

pada yang berminat, bagi tarikh bila2 yang anda free, saya check tarikh yang diberikan, insyaallah kalau takda apa2 masalah atau hal, kita on je kelas utk tarikh tersebut dan saya akan buka pada sapa2 yg berminat utk join kelas yang peserta terawal pilih tadi... depositkan dulu RM50 untuk booking kan tarikh tersebut...


jika berminat nak buat tat nenas ni yang comel2 dan pelbagai jenis bentuk buah-buahan...
boleh wassap/sms 
Liza 019-4741805

Dalam kelas Tat buah ini peserta akan diajar cara membuat adunan, menimbang setiap adunan, membentuk adunan menjadi bentuk dan cara membakar adunan sehingga siap...
insyaallah, kelas tat nenas boleh berlangsung pada setiap hari Isnin hingga Jumaat 
jam 2.30 atau 3ptg...

KELAS BASIC CAKE DAN CUPCAKE FONDANT

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 kelas basic cake dan cupcake fondant dihadiri oleh SHIMA


dalam kelas ni akan diajar cara membuat, menimbang bahan2 dan membancuh 2 adunan kek spongecake dan kek butter sehinggalah kek dibakar, 
sementara menunggu kek sejuk untuk dideco, setiap peserta akan menimbang dan membuat sendiri buttercream untuk dihias pada kek... resepi diberikan kepada peserta sebelum kelas dimulakan...

teknik melepa kek dan cara menggunakan nozzle asas akan ditunjukkan... kemudian peserta akan membuat sendiri serta mendeco kek yg telah siap dilepa oleh peserta sendiri...


 dalam kelas basic cake, 2 biji kek akan dideko menggunakan edible image untuk birthday cake dan bunga dari gumpaste yg sesuai untuk kek hantaran.... 

 untuk kelas basic cupcake fondant, tidak diajar cara membancuh adunan dan membakar cupcake... peserta akan diajar cara membancuh fondant home made yg tidak berminyak dan tidak melekit, bukan fondant beli atau yang yang sudah siap dibuat yer... 
12 biji cupcake akan diberikan utk setiap peserta dan akan ditunjukkan cara membuat fondant cupcake yang sesuai untuk majlis pertunangan, majlis cukur jambul dan majlis harijadi... cara menambah warna dalam adunan fondant serta membentuk bear, topi, bunga, riben akan diajar semasa kelas...

jika berminat sila sms saya atau wassap 019-4741805
atau terus hubungi en nazrol 019-5720120
atau emailkan
nazroliza@yahoo.com

terima kasih

Khamis

KELAS TAT NENAS

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA

KELAS BERSAMA ZANA...

HASIL YANG DIPELAJARI AKAN DIBAWA PULANG


jika berminat nak buat tat nenas ni yang comel2 dan pelbagai jenis bentuk buah-buahan...
boleh wassap/sms 
Liza 019-4741805

Anda akan diajar cara membuat adunan, menimbang setiap adunan, membentuk adunan menjadi bentuk buah2an dan cara membakar adunan sehingga siap...
insyaallah, kelas tat nenas boleh berlangsung pada setiap hari Isnin hingga Jumaat 
jam 2.30 atau 3ptg... 
deposit hanya RM50 UNTUK CONFIRM 
sila maklumkan lebih awal sekiranya tidak dapat hadir ke kelas...
insyaallah tarikh akan diganti pada hari yang berikutnya...
terima kasih



MAK BETTY DATANG TAK JEMU

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA
 
Bermula dari basic cake dan basic cupcake datang dari Seremban utk blaja dengan liza... alhamdulillah semakin mantap hasil pulangan nya,... mula mengambil tempahan sikit demi sedikit...
dari tempahan kek birthday kini beralih pula dengan wedding cake fondant dan yang terbaru mak betty datang belajar cake steambuttercream... belajar cara buat 3 jenis bunga peony, orkid dan rose... tambahan satu lagi modul untuk drawing cake juga...
habis lewat juga kelas ni... 
tapi alhamdulilah walaupun penat tapi berbaloi dengan hasil yang dipelajari...
teknik dan cara2 untuk buat di ajar untuk mendapatkan hasil yang terbaik...
semoga mak betty dapat memperluaskan dan mempelbagaikan lagi hasil seni melalui dekorasi kek untuk menambahkan pendapatan...



 TERIMA KASIH BANYAK2 PADA MAK BETTY YANG SUDI MEMBERI KEPERCAYAAN PENUH PADA LIZA UNTUK MENGAJAR...
MAAF YE SEKIRANYA MASA BELAJAR ADA GURAU SENDA DAN TUTUR KATA YANG TERSILAP...
BEST SANGAT BORAK2 N BERCERITA DENGAN MAK...
SEMPAT JUGA KALI NI LIZA ORDER KARIPAP PUSING FROZEN SAMPAI 10 PACK..
MEMANG SEDAP BILA GORENG PANAS2...
AREA SEREMBAN BOLEH LAH ORDER JIKA BERMINAT...
FROZEN KARIPAP PUSING
013-2980374


Jika berminat untuk joinKELAS DRAWING CAKE di Meru... 
WASSAP/ SMS 019-4741805


ATAU 

BERMINAT UNTUK BELAJAR STEAMBUTTERCREAM CAKE

Anda akan diajar :
      -      cara membuat BUTTERCREAM yg licin seperti fondant, steambuttercream juga dikenali sebagai soft fondant
-          cara betul membuat steambuttercream yg sesuai untuk salut kek.
-          Cara membuat buttercream untuk bunga.
-          Belajar deko kek dari proses melapis, filling dan teknik melepa kek dengan kaedah steam buttercream

BERMINAT BOLEH BOOKING DATE
WASSAP/ SMS 019-4741805



NAK BELAJAR BUAT BUNGA ROSE SAHAJA

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SALAM CERIA SALAM 1 MALAYSIA


berminat untuk belajar cara membuat BUNGA ROSE SAHAJA... 
yuran kelas RM150... 
isnin hingga Jumaat jam 2ptg... 
deposit RM50 utk booking date...
sms/wassap saya 019-4741805 atau telefon 019-5720120

KELAS BUNGA ROSE akan diajar cara membuat bancuhan buttercream khas untuk bunga 
dan cara membuat bunga rose...  TAK ADA KEK ATAU DECO KEK...

namun demikian setelah anda hadiri kelas bunga rose ini juga, perlulah membuat latihan sebanyak mungkin untuk mendapatkan hasil bunga buttercream yang terbaik....
insyaallah... usaha tangga kejayaan.... :)
BERMINAT BOLEH BOOKING DATE SEKARANG...

INSYAALLAH ANDA PASTI BOLEH DAPATKAN HASIL BUNGA SEPERTI INI...